Sebuah spa
tanpa lesen bukan sahaja menawarkan khidmat tukang urut warganegara asing malah
menyediakan permainan judi secara online di premis mereka yang terletak di Kota
Damansara, Petaling Jaya dekat sini.
SEBAHAGIAN
daripada pelanggan yang ditahan dalam serbuan polis IPD Petaling Jaya di sebuah
spa di Kota Damansara, dekat Kuala Lumpur, semalam.
Bagaimanapun
kegiatan spa tersebut yang baru lima hari beroperasi terbongkar apabila diserbu
polis malam tadi.
Serbuan
dilakukan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat
Polis Daerah Petaling Jaya yang diketuai Pegawai Risikan dan Operasinya,
Asisten Superintenden Mohd. Nazri Daud.
Ketua Polis
Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, dalam serbuan
pada pukul 10.30 malam itu, polis berjaya menahan tujuh penjaga premis iaitu
dua rakyat tempatan dan lima warga asing, 22 pelanggan serta tiga wanita warga
asing yang dipercayai bekerja sebagai pelacur.
Selain itu,
katanya, dalam serbuan itu juga polis turut merampas 18 buah komputer.
“Kes
disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 yang
memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 bagi setiap mesin judi atau
penjara tidak melebihi lima tahun jika sabit kesalahan,” katanya ketika
dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.
Dalam pada
itu, Mohd. Nazri memberitahu, bagi kesalahan membabitkan Imigresen, mereka akan
disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963 iaitu mengambil pekerja
asing secara tidak sah.
“Kami akan
terus melakukan serbuan dari semasa ke semasa bagi memastikan gejala tidak
sihat ini dapat dibanteras,” ujarnya.
- See more
at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/spa-tawar-permainan-judi-online-diserbu-1.48992#sthash.Cb2tfBIH.dpuf
Tidak ada komentar:
Posting Komentar