Arahan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi agar semua ketua
polis negeri membanteras 100 peratus kegiatan judi haram sebagai bukti
kesungguhan kerajaan membanteras kegiatan itu.
Johari Abdul
Ghani
Timbalan
Menteri Kewangan yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul
Ghani yang menyatakan sokongan terhadap langkah itu menegaskan kegiatan
tidak bermoral tersebut boleh merosakkan masyarakat termasuk orang Melayu.
“Tindakan
dan arahan itu sangat wajar memandangkan kegiatan judi haram masih wujud di
negara ini. Jika tidak dibendung dengan cara yang tegas, gejala ini boleh
memberi ancaman serius kepada negara,” katanya sewaktu dihubungi Utusan
Malaysia hari ini.
Beliau
mengulas arahan Ahmad Zahid semalam yang turut ditujukan kepada pegawai dan
anggota polis di setiap peringkat kerana kegiatan judi haram masih wujud
biarpun banyak operasi seperti Op Cantas Khas dilakukan.
Malah,
Timbalan Perdana Menteri turut mengingatkan semua pegawai dan anggota polis
atau individu dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melindungi rumah judi
tidak akan terlepas daripada tindakan tegas Kementerian Dalam Negeri.
Sementara
itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah berkata, beliau
turut menyokong arahan Ahmad Zahid itu yang disifatkannya sebagai paling tegas
sekali gus memberi semangat kepada JMM untuk terus komited dalam isu tersebut.
“Saya
terharu dengan arahan beliau yang amat tegas dan komited dalam menangani gejala
ini. Secara tidak langsung ia juga akan menguatkan lagi azam JMM dalam membantu
kerajaan supaya kegiatan judi haram akan dapat dihapuskan 100 peratus.
“Sejak
setahun lepas, JMM amat komited dalam isu ini tetapi apabila melihatkan
kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid itu, ia
menambahkan lagi semangat kami bagi memastikan matlamat kerajaan tercapai,”
ujarnya.
Ketua
Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pula
optimis arahan Ahmad Zahid itu mampu membanteras gejala tersebut dalam waktu
terdekat.
“Saya
bersetuju apabila arahan Timbalan Perdana Menteri itu melibatkan anggota polis
dari peringkat ketua polis negeri hingga ke akar umbi. Cuma saya mahu
mencadangkan agar tindakan juga diambil kepada kaki judi yang ditangkap sewaktu
berjudi.
“Ini kerana,
tanpa pelanggan di premis perjudian maka sukar tauke-tauke judi untuk
meneruskan kegiatan mereka. Tindakan selain denda dan penjara boleh menjadikan
kaki-kaki judi serik untuk berjudi lagi pada masa akan datang,” katanya.
- See more
at:
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/arahan-tpm-bukti-komitmen-kerajaan-banteras-judi-haram-1.118889#sthash.iG5cikOr.dpuf
Arahan TPM bukti komitmen kerajaan banteras judi haram
31 Julai 2015 1:54 AM
KUALA
LUMPUR 30 Julai – Arahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad
Zahid Hamidi agar semua ketua polis negeri membanteras 100 peratus
kegiatan judi haram sebagai bukti kesungguhan kerajaan membanteras
kegiatan itu.
“Tindakan dan arahan itu sangat wajar memandangkan kegiatan judi haram masih wujud di negara ini. Jika tidak dibendung dengan cara yang tegas, gejala ini boleh memberi ancaman serius kepada negara,” katanya sewaktu dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Beliau mengulas arahan Ahmad Zahid semalam yang turut ditujukan kepada pegawai dan anggota polis di setiap peringkat kerana kegiatan judi haram masih wujud biarpun banyak operasi seperti Op Cantas Khas dilakukan.
Malah, Timbalan Perdana Menteri turut mengingatkan semua pegawai dan anggota polis atau individu dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melindungi rumah judi tidak akan terlepas daripada tindakan tegas Kementerian Dalam Negeri.
Sementara itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah berkata, beliau turut menyokong arahan Ahmad Zahid itu yang disifatkannya sebagai paling tegas sekali gus memberi semangat kepada JMM untuk terus komited dalam isu tersebut.
“Saya terharu dengan arahan beliau yang amat tegas dan komited dalam menangani gejala ini. Secara tidak langsung ia juga akan menguatkan lagi azam JMM dalam membantu kerajaan supaya kegiatan judi haram akan dapat dihapuskan 100 peratus.
“Sejak setahun lepas, JMM amat komited dalam isu ini tetapi apabila melihatkan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid itu, ia menambahkan lagi semangat kami bagi memastikan matlamat kerajaan tercapai,” ujarnya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pula optimis arahan Ahmad Zahid itu mampu membanteras gejala tersebut dalam waktu terdekat.
“Saya bersetuju apabila arahan Timbalan Perdana Menteri itu melibatkan anggota polis dari peringkat ketua polis negeri hingga ke akar umbi. Cuma saya mahu mencadangkan agar tindakan juga diambil kepada kaki judi yang ditangkap sewaktu berjudi.
“Ini kerana, tanpa pelanggan di premis perjudian maka sukar tauke-tauke judi untuk meneruskan kegiatan mereka. Tindakan selain denda dan penjara boleh menjadikan kaki-kaki judi serik untuk berjudi lagi pada masa akan datang,” katanya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar