Jumlah
permohonan menyekat laman judi dalam talian pada tahun ini meningkat hampir
sekali ganda selepas perjudian dalam talian menjadi modus operandi terbaharu
sindiket itu.
Timbalan
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, sejak Januari
sehingga Jun tahun ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
menerima 940 permohonan sekatan laman judi berbanding 538 permohonan tahun
lalu.
“Permohonan
berkenaan dibuat oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dan daripada jumlah permohonan tahun ini, SKMM telah menyekat
301 laman judi kerana didapati menyalahi undang-undang.
“SKMM akan
bekerjasama dengan PDRM bagi membanteras gejala ini dengan memberikan bantuan
teknikal seperti membuat sekatan dan tindakan selebihnya kami akan serahkan
kepada pihak berkuasa,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian
Pejabat Baharu Mutiara Teknologi dan Majlis Sambutan Hari Raya Bersama Anak
Yatim 2015 di sini hari ini.
Beliau
mengulas laporan khas Utusan Malaysia hari ini yang membongkar taktik terbaharu
sindiket judi menggunakan kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menarik
minat kaki-kaki judi.
Tambah
Jailani, SKMM tidak akan berdiam diri dalam bekerjasama membanteras gejala
berkenaan dan pesalah boleh dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Kanun Keseksaan
atau Akta Rumah Judi Terbuka.
Dalam pada
itu, SKMM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya setakat ini telah menyertai
lapan operasi bersama PDRM dan agensi-agensi penguat kuasa di Selangor dan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membanteras judi dalam talian.
Menurut
kenyataan itu, SKMM juga telah melaporkan aktiviti judi haram melalui kiriman
SMS kepada PDRM untuk tindakan susulan.
“SKMM juga
sedang menjalankan semakan dengan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk
mengenal pasti sama ada SMS tersebut dihantar melalui rangkaian mereka dan
individu yang menghantar iklan promosi judi dalam talian melalui SMS
“peer-to-peer.”
“Bagi
aktiviti perjudian dalam talian, SKMM sentiasa memberikan bantuan dan kerjasama
kepada PDRM dari segi teknikal seperti bantuan pembekalan maklumat, bantuan
forensik termasuk tindakan berbentuk pentadbiran seperti penyekatan laman
sesawang sekiranya diperlukan,” katanya.
- See more
at:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/skmm-sekat-301-laman-judi-1.117848#sthash.1s8qLIWP.dpuf
Jumlah
permohonan menyekat laman judi dalam talian pada tahun ini meningkat
hampir sekali ganda selepas perjudian dalam talian menjadi modus
operandi terbaharu sindiket itu.
Timbalan Menteri Komunikasi dan
Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, sejak Januari sehingga Jun
tahun ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
menerima 940 permohonan sekatan laman judi berbanding 538 permohonan
tahun lalu.
“Permohonan berkenaan dibuat oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan daripada jumlah permohonan tahun ini, SKMM telah menyekat 301 laman judi kerana didapati menyalahi undang-undang.
“SKMM akan bekerjasama dengan PDRM bagi membanteras gejala ini dengan memberikan bantuan teknikal seperti membuat sekatan dan tindakan selebihnya kami akan serahkan kepada pihak berkuasa,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pejabat Baharu Mutiara Teknologi dan Majlis Sambutan Hari Raya Bersama Anak Yatim 2015 di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan khas Utusan Malaysia hari ini yang membongkar taktik terbaharu sindiket judi menggunakan kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menarik minat kaki-kaki judi.
Tambah Jailani, SKMM tidak akan berdiam diri dalam bekerjasama membanteras gejala berkenaan dan pesalah boleh dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Kanun Keseksaan atau Akta Rumah Judi Terbuka.
Dalam pada itu, SKMM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya setakat ini telah menyertai lapan operasi bersama PDRM dan agensi-agensi penguat kuasa di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membanteras judi dalam talian.
Menurut kenyataan itu, SKMM juga telah melaporkan aktiviti judi haram melalui kiriman SMS kepada PDRM untuk tindakan susulan.
“SKMM juga sedang menjalankan semakan dengan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk mengenal pasti sama ada SMS tersebut dihantar melalui rangkaian mereka dan individu yang menghantar iklan promosi judi dalam talian melalui SMS “peer-to-peer.”
“Bagi aktiviti perjudian dalam talian, SKMM sentiasa memberikan bantuan dan kerjasama kepada PDRM dari segi teknikal seperti bantuan pembekalan maklumat, bantuan forensik termasuk tindakan berbentuk pentadbiran seperti penyekatan laman sesawang sekiranya diperlukan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/skmm-sekat-301-laman-judi-1.117848#sthash.1s8qLIWP.dpuf“Permohonan berkenaan dibuat oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan daripada jumlah permohonan tahun ini, SKMM telah menyekat 301 laman judi kerana didapati menyalahi undang-undang.
“SKMM akan bekerjasama dengan PDRM bagi membanteras gejala ini dengan memberikan bantuan teknikal seperti membuat sekatan dan tindakan selebihnya kami akan serahkan kepada pihak berkuasa,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pejabat Baharu Mutiara Teknologi dan Majlis Sambutan Hari Raya Bersama Anak Yatim 2015 di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan khas Utusan Malaysia hari ini yang membongkar taktik terbaharu sindiket judi menggunakan kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menarik minat kaki-kaki judi.
Tambah Jailani, SKMM tidak akan berdiam diri dalam bekerjasama membanteras gejala berkenaan dan pesalah boleh dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Kanun Keseksaan atau Akta Rumah Judi Terbuka.
Dalam pada itu, SKMM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya setakat ini telah menyertai lapan operasi bersama PDRM dan agensi-agensi penguat kuasa di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membanteras judi dalam talian.
Menurut kenyataan itu, SKMM juga telah melaporkan aktiviti judi haram melalui kiriman SMS kepada PDRM untuk tindakan susulan.
“SKMM juga sedang menjalankan semakan dengan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk mengenal pasti sama ada SMS tersebut dihantar melalui rangkaian mereka dan individu yang menghantar iklan promosi judi dalam talian melalui SMS “peer-to-peer.”
“Bagi aktiviti perjudian dalam talian, SKMM sentiasa memberikan bantuan dan kerjasama kepada PDRM dari segi teknikal seperti bantuan pembekalan maklumat, bantuan forensik termasuk tindakan berbentuk pentadbiran seperti penyekatan laman sesawang sekiranya diperlukan,” katanya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar