Rabu, 24 Desember 2014

Kisah Aku Berkenalan Dengan Anak Muda Kaya Hasil JUDI

 
(gambar hiasan)
Salam untuk semua, moga dirahmati
Alhamdulillah hujung minggu baru ni sempat bersama keluarga, balik sekejap tengok persiapan mak, ayah dan adik2 yang bakal berangkat menunaikan umrah pada hari Rabu ni. Bersyukur pada Allah yang terus berikan rezeki dan nikmat kesihatan dan masa kepada kami sekeluarga, alhamdulillah.

Aku balik dengan bas, bertolak lewat petang Khamis. Sebelum duduk aku sempat menjeling susuk tubuh seorang lelaki sebelah aku...berseluar jeans koyak sana sini, rambut kusut masai berwarna jingga...aku fikirkan warga asing...aku sekadar berikan senyuman, terus duduk diamkan diri untuk menunggu bas bergerak, lagipun badan aku agak keletihan untuk mulakan perbualan.

Sepanjang jalan aku hanya tidur hingga bas berhenti di Hentian Bukit Gantang, turun solat dan makan. Badan yang letih mula bertenaga, perjalanan diteruskan ke utara...aku cuba mulakan perbualan...soalan lazim aku "Tinggal di mana?" haha..aku agak bosan kalau duduk tanpa berbual, melainkan duduk di kerusi "single". Selepas mula perbualan, baru aku sedar mamat sebelah aku warganegara yang tulen...aduhai...mati2 aku ingat mat indon mana tadi...
Aku mula menyoal pelbagai soalan...menghilang rasa bosan. Mamat ni kerja di Singupura...seorang Juruteknik...aku mula tu agak pelik...kenapa kerja Juruteknik jauh benar...hingga negara asing. Lepas tu mamat ni sambung lagi "Saya ni Juruteknik Mesin Judi...kat sebuah Pusat Kasino besar di Marina Bay Sand."
"Haaa! aku silap dengar ka ni...Juruteknik Guni atau Judi?" biar betul mamat ni...aku buat tenang2 saja walau hati agak tak keruan dengar. "Saya dah 4 tahun dah kat sana...jaga mesin judi...repair, setup mesin kuda..." Bersahaja saja dia jawab...aku tengok wajahnya tak kelihatan rasa bersalah...mungkin dah lama bergelumang dengan benda haram ni...simpati sangat.

Huh! Dahsyat budak ni...aku diamkan dulu...sedang fikirkan soalan sebelum merangka mesej dan nasihat yang sesuai. "Macam mana boleh kerja sampai sana tu...?" Soal aku dengan hati yang sangat kesal.
"Saya mula kerja kat Kasino Genting..."Training" di sebuah sekolah swasta sebelah sekolah kerajaan di sana (dirahsiakan nama). Kat situ depa ajar macam mana nak kendali mesin judi, setup tempat...macam2 lagi abang. Saya dok situ setahun saja...lepas tu terus kerja kat Kasino Genting setahun. Lepas setahun dapat tawaran kerja kat Kasino Marina Bay, Singapura sampai lah sekarang..." Mamat ni agak ramah, panjang dia cerita kat aku...umur baru 23 tahun...daripada riak wajah, sangat tenat akhlak moralnya. Hati aku terus bersimpati...kepala agak kusut untuk fikirkan apa mesej terbaik untuknya sebelum turun daripada bas sekejap lagi.
"Kalau abang nak tau...taikun judi kasino Genting ni, dia pengasas pusat kasino besar di beberapa negara Asia...banyak dah kes jadi kat sana...sejak saya kerja berapa ramai orang bunuh diri kalah judi...kes tutup...tak mau malukan pusat judi tersebut." sambung dia lagi.

"Banyak ka gaji dok sana...makan minum macam mana...dengar kata kat sana susah nak cari makanan halal..." Soal aku walaupun aku sedar hasil gaji yang diperolehnya itu pun sudah "haram".
Firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.(al-Baqarah: 219 )
"Makan minum, tempat tinggal semua disediakan...saya dok sana pergi balik dan kerja...makan minum mewah...tak dibezakan orang atas dan bawah...kami akan makan sama2. Makanan semua halal sebab daging babi dan arak tak dibenarkan dalam kafe. Arak tu ada dalam tempat "main" ja (kasino). Gaji saya 7000 Dollar Singapura, itu kira murah lagi abang sebab saya masih dalam "training" di sana...kawan saya naik pangkat jadi tukang tolak troli kasino...gaji puluh2 ribu dollar dah depa dapat...ada yang kerja sampai Abu Dhabi." Dengan bangga dia bercerita, aku tidaklah terkejut dengan nilai angka itu kerana statusnya.
"Saya dah dua tahun tak balik kampung sejak duduk sana...balik ni pun sebab nak buat paspord sebab IC saya hilang kat sana. Kadang2 keluarga saja datang sana waktu sambut raya...sampai KL tadi pun rasa lain banyak dah Puduraya..." Dia juga banyak bercerita bagaimana kehidupan di kota singa itu...khabarnya memang ramai anak gadis Melayu yang rosak kalau kerja sana.
"Berlambak2 orang Malaysia yang berjudi kat sana sebab bebas...nak masuk Genting orang Islam tak boleh, jadi boleh la main di negara jiran...saya pernah tengok seorang Melayu menang 200ribu akhirnya hingga tergadai kereta akibat bahana judi...tamak sangat.." Banyak pengalaman2 judi yang diceritakan...aku terus setia mendengar...kadang2 dia pula bagi aku tips2 main judi kasino...mungkin muka aku kelihatan seperti berminat...haha..aku tidak mencelah membiarkan sahaja bercerita sehingga puas.
"Mak ayah tak marah ka kerja sana...?" Soal aku. "Mak ayah tak suka juga...pesan depa kerja tu jangan dok main pulak..." dia ketawa sebab kadang2 ambil peluang main sama. Bulan lepas dia menang 100ribu dollar judi nombor ekor...katanya dalam simpanan bank di sana...kalau bawak balik Malaysia banyak pula soalnya nanti pihak bank...waktu usia 21 tahun, dia dah mampu beli dua buah rumah di Kedah, untuk pelaburan jangka panjang katanya. Mamat ni terus bercerita tanpa rasa kesal, malah berbangga dengan hasil usahanya selama ni.
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak dan judi dan (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib (dengan panah) adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh keuntungan [al-Ma’idah (5):90]. 
"Saya pernah kerja sampai Australia, Taiwan, Indonesia dan Filipina...kadang2 berlayar dengan kapal mewah 3 bulan kat tengah laut. Dalam tu macam syurga dunia...nak apa semua ada. Perempuan dalam cermin, boleh pilih mana suka..." Makin rancak perbualannya...walaupun kadang2 diselitkan juga kisah umat Islam di sana...dalam benak hatinya, aku rasa masih punya detik sayang akan agama...mungkin agak jauh tergelincir untuk bangun semula perlu masa dan keazaman tinggi untuk berubah.
"Ni balik kampung...rambut pun dah merah...nak balik pun malu ni....mungkin satu hari nanti saya akan balik kerja kat Kedah kot..lama2 kerja macam ni mesti bosan...tak kan sampai tua nak macam ni..." sambungnya lagi. Aku sekadar mengangguk sahaja.
Sebelum turun dari bas, aku hanya sempat pesan supaya jaga solat fardhu dan harap hijrah dengan "kerja baru" di Malaysia...itu sahaja yang terlintas, aku percaya kalau masih sujud dan rukuk kepada Allah, lambat laun hidayah pasti muncul jua..agak sedih, kedua orang tuanya adalah guru...sehari sebelum pulang baru menyambut hari guru...tetapi hari ini aku bertemu dengan anak guru....tidaklah salah kedua orang tuanya yang mendidik, tidaklah salah para gurunya...dia yang salah memilih jalannya.
Bersama kita mendoakannya supaya diberikan hidayah dan taufik oleh Allah, sudah jauh tersungkur ke lembah maksiat...berseorang di sana dalam suasanan maksiat amat sukar melakukan perubahan melainkan berhijrah. Sebelum turun daripada bas, dikeluarkan sepucuk sampul surat...perlahan ditarik keluar sekeping kertas...diberikan kepada aku untuk dilihat. Itu lah pertama kali aku tengok kertas nombor ekor judi...nilaian yang diharapkan menang adalah 2.3 juta dolar. Jelas terpapar nama Kasino Marina Bay...nilai belian 3 dollar.
Jelaslah sekarang, apabila kerajaan telah "menghalalkan" apa yang telah mutlak diharamkan oleh Allah, bersedialah kita menumpang sama bala serta bahana. Na'uzubillah. Tahniah buat penguasa, hasil bertahun lama JUDI (hasil mahsul negara) sudah menghasilkan produk anak muda yang berjaya!!! Teringat akan kata-kata seorang pensyarahku suatu masa lalu, saya tidak akan memaafkan UMNO kerana mereka dalang sebenar kerosakan anak-anak muda. Bersedia untuk berubah dalam PRU13 demi masa depan kita bersama.
(http://www.mohamadazhan.com/)

1 komentar:

  1. Agen Slot Terpercaya
    Agen Situs Terpercaya


    Di 88CSN kamu bisa bermain berbagai jenis game taruhan Slot Game Online yang lagi booming seperti BETSOFT, GAMEPLAY,
    PLAYTECH,PRAGMATIC, Ada juga permainan Bola Online, Live Casino, Tembak Ikan, dan Poker Domino Guys.

    Proses Deposit dan Withdrawnya Cepat !!!! Dijamin menyenangkan main di situs ini.
    Dapatkan juga hadiah bonus menarik bagi kamu yang daftar dan main hari ini juga guys.

    Contact Kami:
    WA : 081358840484
    BBM : 88CSNMANTAP
    Facebook : 88CSN
    www.wes88.com

    BalasHapus